salam sejahtera bagi rakan-rakan saya... kita berjumpa kembali...
hari ini saya ingin berkongsi satu berita yang saya baca pagi ini...
Roger Federer, Pemain tennis No 1 dunia menganggap Nadal sebagai ancaman utama dan tidak menganggap Novak Djokovic sebagai ancaman utamanya kerana selama ini Federer telah mengalahkan Djokovic sebanyak 5 kali daripada 6 pertandingan sedangkan Federer sekadar menang lima kali dalam 13 perlawanannya dengan Nadal. Sejauh ini, Nadal selalu menjadi penghalang utama bagi Federer untuk membolot kesemua gelaran Grand Slam dalam satu musim sebagaimana yang pernah dicapai oleh Rod Laver dan Don Budge. Oleh kerana itu Federer akan lebih memerhatikan Nadal pada Tennis Terbuka Amerika Syarikat..
sebagai fansnya federer saya sangat bangga dengan bakatnya... jadi pada kompetisi ini saya berharap dia dapat menjuarainya...